|
Universiti
Utara Malaysia (UUM) telah diberi penghormatan oleh Kerajaan
Malaysia melalui Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan
Institut Pemikiran Tun Dr Mahathr Mohamad (IPDM) pada 19 Ogos
2003.
Idea untuk
menubuhkan institut ini telah dicetuskan oleh para perwakilan
semasa Persidangan Agung
UMNO yang ke-54 pada 19 Jun 2003.
Lanjutan daripada itu, satu badan perundingan (think tank)
telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri daripada tokoh-tokoh
kenamaan dan pelbagai idea telah dicetus oleh badan ini melalui
sumbang saran pada 28 Ogos 2003.
Fungsi utama
IPDM adalah menjadi pusat rujukan utama terhadap idea, wawasan
dan pemikiran
Yang Amat Berhormat
Perdana-Perdana Menteri
Malaysia. IPDM juga bertanggungjawab untuk
meneliti dan menganalisis struktur percambahan idea yang boleh
diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan. Di samping itu,
penubuhan institut ini juga adalah satu usaha untuk menghargai
sumbangan dan kepimpinan tokoh-tokoh negara.
Selain itu,
institut ini juga bakal menjadi medan penyelidikan dan
pengendalian seminar, simposium, persidangan dan kolokium dalam
pelbagai aspek pemikiran
Yang Amat Berhormat
Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh negara. Antara bidang-bidang utama yang diberi tumpuan ialah
pendidikan, kepimpinan belia/beliawanis, keselamatan, politik,
pengurusan, perundangan, ekonomi, kewangan Islam, hubungan
antara agama, dasar luar dan isu-isu globalisasi, sains dan
teknologi termasuk ICT dan pembangunan sumber manusia.
Visi:
Menjadi pusat
rujukan utama pemikiran
Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh
negara.
Misi:
Mewacanakan
pemikiran
Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh negara
Objektif:
-
Menjadi pusat
penyelidikan, perundingan, pengumpulan dan rujukan utama
tentang pemikiran, wacana, dan kepimpinan dan dasar-dasar
negara;
-
Meneliti dan
menterjemah pemikiran ini ke dalam program atau aktiviti
akademik/profesional yang boleh digunakan oleh generasi kini
dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
-
Menggubal
dan melaksana dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan
nasional;
-
Mengkomersialkan aktiviti-aktiviti IPDM untuk menjana
pendapatan kepada universiti.
|