| PENGENALAN
“Multicultural Dialogue For
Students In Neighbouring States” akan diadakan pada 9 – 11
Ogos 2008 anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)
dan Kolej Perniagaan (COB) Office of International Affairs,
Prince of Songkhla Universiti (PSU), Kampus Pattani, Pattani,
Thailand.
Peserta aktiviti ini terdiri
daripada pelajar dari universiti-universiti di Thailand dan
pelajar-pelajar UUM. Ia juga turut disertai oleh staf universiti
dari Thailand dan UUM. Aktiviti ini adalah kesinambungan
aktiviti “Student Cross-Border Studies and Bondings: Malaysia –
Thailand” anjuran UUM (IPDM) dan PSU pada 3 – 8 April 2008.
Aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang
melibatkan pelajar universiti dari kalangan negara-negara jiran
yang lain.
OBJEKTIF
Objektif projek ini adalah
untuk:
- Memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar dari universiti-universiti Thailand
mengenai perkongsian dan
keharmonian hidup dalam pelbagai budaya di Malaysia
dan faedah yang diperolehi dari perkongsian dan
keharmonian tersebut;
- Mewujudkan suasana
perkongsian dan keharmonian hidup dalam pelbagai budaya di
kalangan pelajar Universiti di
Thailand dan UUM. seterusnya menerapkan amalan kehidupan
tersebut di kalangan anggota masyarakat di Thailand
dan Malaysia, dan
- Untuk memberi peluang
berinteraksi dan mengenali kehidupan masyarakat pelbagai
budaya yang ada di Malaysia.
MAKLUMAT PROJEK
Tarikh dan Tempat
9 Ogos 2009 (Sabtu)
- DPP Proton, Kompleks Sukan
10 Ogos 2009 (Ahad)
- Dewan Seminar Kompleks Konvensyen,
- DPP Proton dan Kompleks Sukan
1 Ogos 2008 (Isnin)
- Jitra / Alor Star
(Penginapan pelajar sepanjang
berada di UUM ialah di DPP Proton).
Peserta
Peserta aktiviti adalah
seramai 205 orang terdiri daripada:
i) Pelajar
universiti Thailand = 120 orang
ii) Staf universiti
Thailand = 15
orang
iii) Pelajar
UUM = 60 orang : MPP (10), COB (30),
CAS (10), COLGIS (10)
iv) Staf
UUM = 10 orang
Jumlah = 205 orang

|