|
PENGENALAN
Seminar “Living Together :
Building Peace” ini akan diadakan pada 12 Ogos 2008 di EDC, UUM.
Peserta aktiviti ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin
masyarakat dari Thailand yang bernaung di bawah Yayasan
Suk-Kiewdang, Yala, Thailand dan staf dari Universiti Hadyai.
Ahli-ahli Yayasan Suk-Kiewdang, Yala dan pegawai-pegawai
Universiti Hadyai, Thailand telah mengadakan lawatan ke IPDM
pada 19 Jun 2008. Susulan dari lawatan dan perbincangan dalam
lawatan tersebut, yayasan tersebut telah bersetuju untuk
mengadakan satu seminar bersama-sama IPDM di UUM.
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah untuk :
1.1 Memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin
masyarakat Thailand
mengenai perkongsian dan keharmonian hidup dalam pelbagai budaya di Malaysia.
1.2 Untuk memberi peluang berinteraksi dan mengenali
kehidupan masyarakat pelbagai
budaya yang ada di Malaysia.
MAKLUMAT SEMINAR
Tarikh dan Tempat
Seminar ini
akan diadakan pada 12 Ogos 2008 di EDC, UUM.
Peserta
Peserta aktiviti adalah seramai 76 orang
yang terdiri daripada:
i) Pemimpim-pemimpin masyarakat
Thailand = 60 orang
ii) Pelajar-pelajar keturunan Siam di
UUM = 8 orang
iii) Pemimpin masyarakat Malaysia
= 8 orang
Jumlah
= 76 orang
Pembentang Kertas Kerja Ceramah / Pembicara
i) Prof.
Madya Dr. Mustapa Kassim
ii) Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul
Aziz
Penganjur
i)
Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM)
ii) Yayasan Suk-Kiewdang,
Yala dan
iii) Universiti Hadyai, Thailand

|