|
Wawasan 2020
Berikut adalah teks penuh Kertas
Kerja - The Way Forward yang dipersembahkan oleh YAB Dato' Seri
Dr Mahathir Mohamad di Majlis Perniagaan Malaysia.
Kertas kerja ini bertujuan untuk
mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah
masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha
mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara
Perindustrian. Turut digariskan beberapa langkah yang patut
diambil dalam jangka pendek supaya asas bagi perjalanan jauh
untuk mencapai matlamat utama itu dapat diatur.
§ Kita
berharap bahawa rakyat Malaysia yang dilahirkan hari ini dan
pada tahun-tahun akan datang akan menjadi generasi terakhir
warganegara kita yang tinggal di negara yang digelar 'membangun'.
Matlamat utama yang patut kita tujui ialah Malaysia yang menjadi
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
§ Tuan-tuan
mungkin bertanya apakah sebenarnya "negara maju sepenuhnya?"
Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara kita Sweden, Finland,
Jepun? Yang jelasnya setiap satu daripada 19 negara ini,
daripada masyarakat dunia yang mempunyai lebih 160 setiap negara
meniru salah satu membangun. Kita patut kita.
§ Malaysia
tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja.
Ia
mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang:
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan
nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti
kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu
hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.
Malaysia Sebagai Negara Maju Sepenuhnya – Satu
Takrif
§ Menjelang
tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan
masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika
yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan
bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,
progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya
terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
§ Tidak
akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya
dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi
sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.
§ Cabaran
pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang
aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri
daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik
dan dedikasi kepada negara.
§ Yang
kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan
keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa
yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha
mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak
mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
§ Cabaran
ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan
satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman
matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
beberapa banyak negara membangun.
§ Keempat
ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai
agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.
§ Cabaran
kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka
dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara.
§ Keenam
ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan
berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
§ Cabaran
ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat
lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di
sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
§ Kelapan
ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
§ Cabaran
kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang
mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
§ Kita
sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan.
Kesembilan matlamat utama yang dinyatakan ini tidak semestinya
menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang.
Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan
khusus pada masa berkenaan.
§ Tetapi
tentulah memeranjatkan jika cabaran strategik pertama yang saya
sebutkan - mewujudkan negara Malaysia bersatu - tidak akan
menjadi keutamaan yang paling asas, paling pokok.
§ Oleh
sebab apa yang akan saya katakan pada pagi ini banyak tertumpu
pada pembangunan ekonomi, izinkan saya tekankan sekali lagi
bahawa pembangunan sepenuhnya ke arah masyarakat maju yang kita
cita-citakan - walau macam mana setiap kita mahu mentafsirkannya
- tidak boleh dimaksudkan pada kemajuan kebendaan dan ekonomi
sahaja. Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjadi
satu-satunya matlamat paling utama untuk memenuhi keperluan
negara kita.
§ Oleh
sebab Majlis ini perlu menumpukan perhatian pada isu pembangunan
ekonomi dan keadilan sosial ekonomi, yang bagi negara ini perlu
diusahakan bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah,
izinkan saya jelaskan tanggapan mengenai cabaran strategik utama
yang berkaitan dengan dua matlamat penting ini.
§ Pada
ketika ini, lebih baik kita jelaskan dengan lebih terperinci
matlamat mewujudkan keadilan ekonomi dalam masyarakat.
§ Daripada
serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiada sesiapa pun
yang menentang pembasmian kemiskinan geografi. Semua tinggal di
kawasan di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan
daripada garis kemiskinan mutlak.
§ Negara
ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya
tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah
kekurangan zat makanan yang teruk.
Kita mesti menyediakan secukupnya keperluan asas
seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan, dan
semua keperluan asas yang lain. Malaysia yang maju perlu
mempunyai kelas menengah yang besar dan bertenaga dan
menyediakan peluang secukupnya untuk mereka di peringkat bawahan
keluar daripada belenggu kemiskinan relatif.
§ Mata
serampang kedua, iaitu memansuhkan pengenalan kaum berasaskan
fungsi ekonomi utama, juga diterima umum walaupun ada yang
beranggapan bahawa ia boleh dicapai tanpa mengubah sebarang
kedudukan.
Jika kita ingin membina masyarakat adil, kita
mesti menerima beberapa tindakan tegas Ini bermakna dalam
pelbagai sektor pekerjaan yang penting, campuran pelbagai kaum
yang mewujudkan negara Malaysia patutlah ada. Melalui usaha yang
sah, kita mesti memastikan imbangan yang adil dalam profesion
dan semua kategori pekerjaan utama. Sudah tentu kita juga mesti
menekankan mutu dan kebolehan. Tetapi kita mesti memastikan
pembangunan sihat masyarakat Bumiputera yang mampu dan gigih
dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
§ Malaysia
maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran
ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan
individu, iaitu keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai
pendapatan yang sama. Ini mustahil individu, melalui kita, kita
semua akan mempunyai nilai ekonomi yang berlainan, dan akan
menerima Kesamarataan dalam pendapatan diperjuangkan oleh
fahaman sahaja mustahil tetapi tidak ada ia satu formula untuk
kehancuran.
§ Tetapi
saya yakin bahawa merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui
persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih
dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan
melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan
memang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun
2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan
kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi
manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti
kita usahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh
dedikasi.
§ "Perkongsian
penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh
dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi
penyertaan dan sumbangan semua kaum - termasuk Bumiputera Sabah
dan Sarawak - dalam sektor ekonomi kita yang cepat membangun dan
moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan,
pengurusan dan hakmilik ekonomi moden.
§ Untuk
mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti
meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia
dengan pesatnya.
Memang ada keperluan untuk menjamin kewujudan
masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf dengan
masyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi
mental dan perubahan budaya. Semua tugas untuk memajukan diri
perlu kita lakukan sendiri. Dalam usaha memperbetul
ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk
mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif -
pada kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat.
§ Untuk
mewujudkan masyarakat makmur, kita boleh menetapkan beberapa
banyak matlamat yang berasaskan aspirasi.
Saya yakin bahawa kita harus menetapkan matlamat
yang munasabah (sebagai lawan kepada matlamat beraspirasi) untuk
menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar kita
setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020.
Jika kita lakukan ini, KDNK kita akan menjadi
lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.
KDNK kita pada 1990 ialah $115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut
menjadi kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada
1990).
§ Pertumbuhan
pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira
tujuh peratus (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan
datang.
Diakui bahawa ini anggaran menetapkan matlamat
yang tinggi diri kita untuk gigih berusaha.
§ Kita
mesti waspada akan 'keasyikan pertumbuhan', iaitu bahaya
mengejar angka pertumbuhan yang ditetapkan tanpa menghirau
iltizam yang perlu untuk menjamin kestabilan, mengawal kadar
inflasi supaya sentiasa rendah,menjamin kadar pengekalan,
membangunkan mutu hidup kita dan taraf hidup, dan pencapaian
matlamat sosial lain. Ini akan menjadi usaha yang sukar dengan
pelbagai kejayaan dan kegagalan.
Tetapi saya yakin ini dapat dilakukan.
§ Pada
1960-an, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 5.1 peratus
setahun; pada 1970-an, dekad pertama DEB, pertumbuhan Malaysia
adalah pada kadar purata 7.8 peratus; pada 1980-an kerana
tahun-tahun kemelesetan, pertumbuhan kita ialah pada kadar
purata 5.9 pcratus setahun.
§ Jika
kita mengambil 30 tahun lalu KDNK kita meningkat setiap tahun
dalam nilai sebenar pada kadar purata 6.3 peratus setahun.
Jika kita mengambil 20 tahun lalu, pertumbuhan
kita adalah pada kadar purata 6.9 peratus setahun. Yang
diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus.
Sudah pasti jika kita berusaha sepenuhnya, Insya-Allah 0.1
peratus ini dapat dicapai.
§ Jika
kita berjaya, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan
ialah 2.5 peratus, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan
kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar) berbanding 1990.
Itulah ukuran masyarakat makmur yang kita inginkan dan harap
dapat mencapainya.
§ Perkara
kedua dalam matlamat ekonomi kita ialah usaha menjamin kewujudan
ekonomi yang bersaing. Ekonomi sedemikian patut dapat bertahan
bagi tempoh yang lebih lama, bersifat dinamik, giat dan kental.
Ia mesti membawa maksud, antara lainnya: Ekonomi yang pelbagai
dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas
asasnya, sektor pertanlan yang matang dan maju dan sektor
perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang; Ekonomi yang
cepat bertindak, pantas menyesuaikan n persaingan; Ekonomi yang
mempunyai teknologi yang cekap, mampu sepenuhnya disesuaikan,
diubahsuai dan dicipta, ekonomi yang semakin berpusat pada
teknologi, bergerak kearah aras teknologi yang semakin tinggi;
Ekonomi yang mempunyai hubungan perindustrian yang kukuh dan
saling berkaitan dengan keseluruhan sistem; Ekonomi yang
digerakkan oleh kuasa pemikiran, kemahiran dan ketekunan dalam
menguasai kekayaan maklumat,dengan pengetahuan mengenai apa yang
perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya; Ekonomi yang
mempunyai daya pengeluaran tinggi dan terus meningkat dalam
hubungannya dengan semua faktor pengeluaran; Ekonomi
keusahawanan yang berdikari, berpandangan luas, bersifat cergas
dan berdaya usaha; Ekonomi yang dikekalkan dengan etika kerja
contoh, kesedaran terhadap mutu dan usaha ke arah kecemerlangan;
Ekonomi yang ditentukan sifatnya dengan kadar inflasi dan kos
sara hidup yang rendah; dan Ekonomi yang dikuasai oleh disiplin
dan kawalan
§ Ramai
antara kita dalam Majlis ini tidak akan berada di sana pada pagi
1 Januari 2020. Tidak ramai, rasa saya. Beban memastikan satu
generasi dari sekarang, sudah pasti akan dilakukan oleh pemimpin
yang kita. Tetapi kita mesti ankan tugas kita untuk yang kita
mahukan. Dan marilah kita letakkan batu asas untuk mereka
meneruskan pembinaannya.
Beberapa Dasar Utama Ekonomi
Sektor Awam Untuk Jangka Masa Depan
§ Sejak
awal 1980-an, kita menekankan bahawa negara ini akan bergantung
pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi.
Kita sebenarnya sudah mendahului negara lain di dunia,termasuk
negara maju dalam memberi kepercayaan kepada sektor swasta.
§ Dalam
tahun-tahun yang awal, sektor swasta kita yang masih muda tidak
dapat memberi sambutan terhadap cabaran yang diberi. Kemudian
datang kemelesetan yang tidak diduga serta menyulitkan dan
tahun-tahun kelembapan. Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu,
sektor swasta kita sudah berkembang dan mula bertindak balas.
Dasar ini mula membuahkan hasil. Hasilnya pada 1988, pertumbuhan
kita dalam nilai sebenar ialah 8.9 peratus; pada 1989, 8.8
peratus; pada 1990, 9.4 peratus tanpa pertambahan belanjawan
Keraiaan. "Ekonomi Harimau Timur Laut Asia" pun tidak dapat
berbuat demikian.
§ Tidak
ada negara yang boleh menolak formula yang berjaya. Dan negara
ini tidak akan menolaknya. Untuk jangkaan masa sektor swasta,
terus bergantung padanya sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi.
§ Pada
masa yang sama, kerajaan akan terus mengurangkan tahap
pembabitannya dalam bidang pengeluaran ekonomi dan perdagangan.
Negara sudah tentu tidak boleh berundur sepenuhnya daripada
kehidupan ekonomi Malaysia. Kerajaan tidak boleh melucutkan
tanggungjawabnya untuk mengawal dan memperuntukkan rangka kerja
undang-undang dan peraturan untuk pembangunan ekonomi dan sosial
yang pesat.
§ Kerajaan
akan bersikap proaktif untuk memastikan pengurusan fiskal dan
kewangan yang sihat serta perjalanan ekonomi Malaysia yang
lancar. Kerajaan akan meningkatkan pembangunan infrastruktur
fizikal yang diperlukan dan mewujudkan suasana perdagangan yang
baik - selaras dengan keutamaan sosialnya yang lain. Dan apabila
perlu, kerajaan tidak semestinya akan terikat sepenuhnya dengan
iltizamnya untuk menarik diri daripada peranan ekonomi, iaitu
kerajaan tidak akan campurtangan. Kerajaan akan memainkan
peranan dengan teratur, bijaksana dan secara giat.
§ Proses
mengurangkan peraturan akan diteruskan. Tidak dinafikan lagi
bahawa peraturan merupakan perkara penting untuk mengawal
masyarakat, dan ekonomi merupakan sebahagian daripada
masyarakat. Negara tanpa undang-undang dan peraturan adalah
negara yang bermain dengan anarki. Tanpa peraturan akan
sedikitlah urusan dan tiada langsung pembangunan. Yang tidak
diperlukan ialah peraturan berlebihan kerajaan sedang
menguatkuasakan peraturan berlebihan.
§ Kebijaksanaan
pada kebolehan membezakan antara undang-undang dan peraturan
yang membawa hasil kepada matlamat kita dan yang bukan
sedemikian dan ini terletak pada kemampuan membuat keputusan
yang tepat berhubung dengan untung rugi ini. Oleh itu, kerajaan
tidak banyak bersikap bodoh atau tidak bertanggungjawab, dan
akan memenuhi kehendak masyarakat banyak di samping memenuhi
keperluan untuk pertumbuhan pesat dan ekonomi yang bersaing,
giat dan kental. Kerajaan akan berpandukan pengetahuan bahawa
membebaskan perdagangan juga - bukan sahaja undang- undang dan
peraturan, dan campur tangan negara - dapat menyumbang kepada
pencapaian matlamat sosial yang lebih luas. Berdasarkan ini dan
fakta bahawa memang ada ruang peraturan yang tidak menghasilkan
apa-apa dimansuhkan, anda bolehlah mengharapkan proses
mengurangkan peraturan akan diteruskan. peraturan rejim Kadar
Pinjaman Asas (BLR) merupakan contoh kesedaran ini.
§ Penswastaan
akan terus menjadi asas penting dalam pembangunan negara dan
strategi kecekapan kebangsaan. Dasar ini tidak diasaskan pada
kepercayaan ideologi. Dasar ini ditujukan dan daya beban
matlamat pengagihan hasil negara.
§ Dalam
melaksanakan dasar penswastaan kita, kerajaan memang sedar akan
keperluan untuk melindungi kepentingan rakyat, untuk memastikan
golongan miskin mendapat hak untuk perkhidmatan asas, untuk
menjamin mutu perkhidmatan disediakan dengan kos paling minimum,
untuk mengelakkan amalan monopoli tidak produktif dan memastikan
kebajikan pekerja.
§ Memang
akan ada masalah. Tidak ada usaha yang diperoleh tanpa
pengorbanan. Tetapi jelaslah bahawa dasar ini setakat ini
membuahkan hasil positif dan kita bolehlah menjangka
pelaksanaannya akan dipertingkatkan pada masa hadapan.Dengan
siapnya Kajian Pelan Induk Penswastaan, saya yakin banyak
masalah yang mengganggu kemajuan penswastaan akan diatasi,
seterusnya meningkatkan lagi pelaksanaan yang lancar.
§ Pada
tahun-tahun akan datang akan wujud satu Galakan Perindustrian
Berterusan, galakan yang tidak berdasarkan keghairahan terhadap
perindustrian tetapi berdasarkan kebenaran bahawa jika kita mahu
pesat membangun dalam keadaan ekonomi maju akan meninggalkan
peringkat perindustrian untuk memasuki peringkat pasca
perindustrian -inilah cara untuk terus bergerak. Jika kita mahu
mewujudkan perindustrian dengan cepat, kita perlu menggunakan
sepenuh- nya tenaga negara dan secara bersungguh-sungguh
mengatasi segala kelemahan.
§ Untuk
mencapai dasar ini, kerajaan perlu menangani masalah asas sektor
pembuatan yang kecil. Pada 1988, 63 peratus daripada keseluruhan
eksport barang buatan Malaysia datangnya daripada industri
elektrik,elektronik dan tekstil. Elektronik sahaja menyumbang 50
peratus daripada keseluruhan eksport barang buatan. Kita mesti
mempelbagaikan sektor pembuatan.
§ Walaupun
pembangunan paling pesat berlaku dalam zon perdagangan bebas,
namun permintaan untuk barang perantaraan tempatan hanya kecil.
Kita perlu menangani masalah hubungan perindustrian yang lemah.
§ Pembangunan
teknologi tempatan pula tidak mencukupi. Terlalu sedikit
tambahan nilai, terlalu mudah penyusunan pengeluarannya. Kita
juga perlu mengatasi kos pengeluaran yang semakin meningkat
dengan meningkatkannya kos buruh, kos bahan mentah dan
perbelanjaan awal (overhead) dengan cara meningkatkan kelancaran
dan daya pengeluaran. Memang ada kekurangan serius dari segi
tenaga manusia. Semua ini dan banyak lagi isu perlu diberi
perhatian.
§ Industri
kecil dan sederhana mempunyai fungsi penting untuk mewujudkan
peluang pekerjaan, untuk mengukuhkan hubungan perindustrian,
dalam menembusi pasaran dan menghasilkan pendapatan eksport.
Sektor ini mempunyai peranan utama sebagai tempat bermula untuk
melahirkan usahawan masa depan.
§ Kerajaan
akan merangkakan skim bantuan yang wajar dan akan berusaha
meningkatkan taraf kepakaran pengurusan, pengetahuan teknologi
dan kemahiran pekerja dalam sektor ekonomi yang sangat penting
dan sering diabaikan.
§ Industri
kecil dan sederhana ini akan menjadi asas utama untuk penekanan
perindustrian kita pada masa depan. Kerajaan memang
bersungguh-sungguh untuk memajukannya sepenuhnya.
§ Begitu
kita mesti mempelbagaikan barangan eksport, kita juga mesti
mempelbagaikan pasaran eksport kita. Pengeksport Malaysia mesti
melihat kepada pasaran bukan tradisi. Ini memerlukan pengetahuan
baru, saluran baru, hubungan baru dan pendekatan baru untuk
menangani undang- undang dan peraturan yang belum biasa ditemui.
Ini tentunya tidak menyenangkan tetapi kita silap jika kita
menganggap bahawa ini tidak menguntungkan berbanding
kesulitannya dalam menangani pasaran berkenaan. Secara
persendirian pasaran ini mungkin kecil tetapi secara keseluruhan
pasaran Asia, Afrika dan Amerika Selatan yang sedang membangun
itu adalah membangun itu adalah besar. bahawa ini menguntungkan
untuk mengeksport ke pasaran ini, sudah tentu ini juga akan akan
membantu tetapi sektor peranan mereka.
Pergantungan berasaskan eksport masih menjadi
cara pertumbuhan pesat.
§ Penyertaan
dalam pasaran dunia meletakkan syarikat kita berdepan dengan
semua saingan dan meletakkan syarikat kita di bawah kuasa
persaingan antarabangsa.
Ini cabaran yang kita mesti tempatan terlalu
kecil tetapi kerana dalam jangka panjang ia akan menguntungkan
pergantungan kita pada eksport.
§ Kita
mesti terus kekal dengan pertumbuhan yang berasaskan eksport
walaupun mengalami kelembapan sejagat, walaupun berlaku
peningkatan dasar perlindungan, blok perdagangan dan perdagangan
terurus.
Apabila perjalanan semakin mencabar, kita tidak
boleh berpatah balik. Kita tidak ada pilihan lain kecuali terus
berani, lebih berkesanggupan, produktif dan lebih bersaing,
lebih mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran.
§ Peliberalan
ekonomi Malaysia sudah menunjukkan hasil menguntungkan dan
menyumbang ke arah pertumbuhan yang lebih dinamik.
§ Sudah
pasti peliberalan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab
dan secara berperingkat untuk memastikan tidak berlaku
ketidakpastian ekonomi dan kewujudan kos pelarasan struktur
berlebihan.
Kita patut menimbang sepenuhnya kemampuan
Malaysia untuk melaksanakan peliberalan ini.
Kita tidak patut menolak hujah industri setahun
jagung tetapi kita juga tidak boleh tunduk kepada tekanan yang
tidak berasas.
§ Pada
masa yang sama,peliberalan yang membawa hasil akan memastikan
sektor swasta kita kurang bergantung pada keuntungan tidak
bernilai dan perlindungan, yang hanya menguntungkan sesetengah
pengeluar yang memperolehnya tetapi menjadi tekanan terhadap
pada pengguna dan pengeluar lain. Bayi pun mesti membesar.
Mereka mesti membesar untuk menjadi sihat dan kuat.
Dan ini tidak boleh dilakukan jika mereka terlalu
dilindungi.
§ Kerajaan
akan meneruskan usaha menarik pelaburan asing. Sekali lagi, kita
tidak akan menolak strategi yang berjaya. Tetapi kita akan
mengubahsuaikannya untuk memastikan semua langkah tersusun kemas
agar Malaysia dapat memanfaatkan sepenuhnya.
§ Pada
masa dahulu, sektor swasta tempatan pada umumnya telah gagal
mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam
Rancangan-Rancangan Malaysia. Nampaknya pelabur-pelabur tempatan
merasai bahawa kerajaan tidak memberi usaha secukupnya untuk
menggalakkan pelaburan tempatan seperti yang telah diberi kepada
pelaburan asing.
Ini sebenarnya tidak membetulkan lebih tepat.
§ Perusahaan
kecil dan sederhana perlu dibantu untuk terus berkembang.
Lebihan simpanan dan modal tempatan perlu
disalurkan dengan lebih produktif kepada pelaburan. Lebih ramai
usahawan perlu dihasilkan. Apabila perlu, bantuan latihan dan
teknologi perlu diperluas; danbantuan infrastruktur diberi.
§ Penting
kita tegaskan sekali lagi bahawa pembangunan yang kita perlukan
tidak dapat wujud tanpa sokongan infrastruktur. Kita mesti terus
dapat meramalkan permintaan dan keperluan masa depan. Dalam
Belanjawan baru-baru ini kita dengan jelas menyatakan apa yang
kita akan lakukannya dalam jangka pendek. Rancangan Malaysia
Keenam akan menjelaskan apa yang kita akan lakukan dalam jangka
sederhana manakala Garis Kasar Pelan Perspektif Kedua akan
menunjukkan arah untuk jangka panjang. Kerajaan memang sedar
akan masalah infrastruktur dan keperluan untuk pelaburan
besar-besaran dalam tahun-tahun akan datang. Kita tidak akan
membiarkan pertumbuhan terencat dengan gangguan pelaburan
berlebihan yang pernah berlaku dibeberapa banyak negara.
§ Dalam
usaha kita untuk maju, tidak ada yang lebih penting daripada
pembangunan sumber manusia.
§ Daripada
pengalaman dua dekad lalu berhubung keajaiban ekonomi dinegara
yang miskin dari segi 'sumber semula jadi', adalah jelas sumber
utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran,
kekreatifan dan semangat rakyat. Apa yang kita ada dalam kepala
kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih
penting dari pada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan
sekeliling kita. Rakyat kita merupakan pada 1990-an dan selepas
itu , Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin ini.
§ Malaysia
mempunyai satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga.
Tetapi untuk perjalanan yang kita perlu sediakan untuk generasi
kedua, tahap dan piawaian baru perlu ditetapkan dan hasil baru
perlu dicapai.
§ Kita
tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling
tinggi dari segi kemahiran rakyat kita, dalam hal tumpuan mereka
kepada pengetahuan dan peningkatan ilmu serta usaha membaiki
diri, dalam hal kecekapan berbahasa, dari segi sikap kerja dan
disiplin, dari segi kebolehan pengurusan, motivasi
pencapaian,sikap terhadap kecemerlangan dan dari segi mewujudkan
semangat keusahawan.
§ Kita
tidak patut mengabaikan peripentingnya semangat keusahawanan dan
pembangunan keusahawanan yang menjangkau lebih daripada latihan
dan pendidikan. mesti memastikan adunan yang betul berhubung
dengan golongan profesional, separuh profesional, artisan, dan
pekerja mahir dan imbangan yang betul antara mereka dalam bidang
sains dan teknologi, sastera dan sains sosial.
§ Dalam
pembangunan sumber manusia kita tidak boleh mengabaikan separuh
daripada penduduk negara, iaitu kaum Bumiputera. Jika mereka
tidak dibawa ke dalam arus pembangunan masyarakat, jika
kebolehan mereka tidak dikembangkan sepenuhnya, jika mereka
dibiarkan menjadi beban kepada negara, maka tentulah kemajuan
kita akan tergendala. Tidak ada negara yang dapat mencapai
kemajuan penuh dengan hanya separuh sumber tenaganya
digemblengkan. Apa yang sekarang dianggap sebagai beban, dengan
sikap dan pengurusan yang betul, dapat menjadi tenaga yang akan
meringankan beban kita dan mempercepatkan kemajuan kita.
Bumiputera mesti memainkan peranan mereka sepenuhnya untuk
mencapai matlamat negara.
§ Inflasi
merupakan duri dalam daging kepada semua perancang ekonomi.
Untungnya, selain waktu kenaikan harga minyak pertama apabila
inflasi meningkat sehingga 17 peratus, kadar inflasi kadar yang
rendah rakyat perlu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kadar
inflasi yang rendah. Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi
inflasi ialah kita hidup mengikut kemampuan. Jika kita tidak
mampu, jangan beli. Di dilakukan kerana kita dapat menghasilkan
hampir semua yang kita perlu dari segi makanan, tempat tinggal
dan pakaian. Apabila kita mengalami kemelesetan baru-baru ini,
kehidupan masih seperti biasa kerana kita masih mampumembeli
barang keperluan pada harga yang lebih kurang sama iaitu kita
tidak mengalami inflasi. Sekarang kita mempunyai lebih banyak
wang, permintaan secara perlahan-lahan menaikkan harga. Oleh
itu, walaupun kita mungkin lebih senang sekarang, dengan wang,
tetapi dari segi kuasa sebenarnya belumlah senang.
§ Orang
awam mesti memahami apa yang menyebabkan inflasi dan cukup
berdisiplin untuk memeranginya. Di sesetengah negara, apabila
kadar inflasi meningkat sehingga beribu-ribu peratus
setahun,kerajaan sentiasa bertukar-tukar tanpa dapat membendung
inflasi. Sebabnya rakyat tidak berdisiplin dan tidak bersedia
untuk mengawal diri. Tidak ada kerajaan yang dapat mengekang
inflasi kecuali rakyat bersedia menghadapi kesukaran itu.
§ Dalam
usaha menentang inflasi, tidak ada yang lebih berkesan daripada
pendidikan dan sikap disiplin rakyat.
§ Dalam
dunia perdagangan yang saling bergantung, kadar tukaran mata
wang memainkan peranan penting. Kadar mata wang yang terlalu
rendah akan meningkatkan kos import dan bayaran hutang tetapi ia
akan menyebabkan persaingan eksport. bagi digunakan dalam
barangan eksport. Nilai mata wang tinggi akan pembelian tidak
akan bersaing dan ekonomi akhirnya akan tejejas.
§ Ternyata
pen gurusan kadar tukaran adalah penting untuk kemajuan negara.
Ia hanya mempunyai kemampuan terhad untuk digunakan sepenuhnya.
Dalam analisis terakhir, cara kita mengimbangkan perdagangan
kita akan menentukan bagaimana mata wang kita dinilai. Malaysia
mesti belajar menjadi lebih bersaing melalui daya pengeluaran
lebih tinggi daripada sekadar melalui manipulasi kadar tukaran.
Sekali lagi rakyat mesti faham akan peranan mereka, khususnya
yang berkaitan dengan daya pengeluaran.
§ Dalam
dunia teknologi tinggi, Malaysia tidak boleh ketinggalan. Kita
tidak dapat berada di barisan depan teknologi depan kelebihan
tertentu. Kita sudah menerima Pelan Tindakan Kebangsaan mudah.
yang lebih sukar, iaitu pelaksanaannya.
§ Kerajaan
sudah tentu akan meletakkan iltizam dan memberi kepemimpinan
yang perlunya ke arah usaha negara ini. Infrastruktur institusi
dan sokongan akan disediakan untuk memastikan pembangunan pesat
dan realistik kemampuan teknologi kita yang berasaskan pasaran
ditumpukan sepenuhnya. Tetapi kita jangan lupa bahawa teknologi
bukan untuk makmal tetapi untuk kilang dan pasaran. Sektor
swasta dan rakyat kita mesti bertindakbalas. Selalunya hasil
penyelidikan tidak dihiraukan kerana orang lebih berminat akan
bahan yang teruji. Sering dikatakan bahawa rahsia kejayaan Jepun
ialah kemahiran memanfaatkan hasil penyelidikan untuk barangan
yang boleh dipasarkan. Jika kita tidak melakukan ini kita akan
ketinggalan teknologi kita.
§ Dalam
meningkatkan sektor industri pembuatan kita, Malaysia mesti
memastikan sektor pertanian dan perkhidmatan tidak akan
diabaikan. Kita mesti maju. Kita mesti berusaha kearah
kecekapan, pemodenan dan persaingan. Ini patut menjadi prinsip
panduan asas kepada dasar kebangsaan kita terhadap pembangunan
pertanian, pelancongan dan kemajuan sepenuhnya sektor
perkhidmatan.
§ Kita
juga tidak boleh mengabaikan sektor luar bandar dalam ekonomi
dan masyarakat kita. Dalam tahun-tahun akan datang, kita mesti
berusaha ke arah perubahan pembangunan luar bandar kedua,
menyusun semula kampung supaya lebih sesuai dengan pertanian dan
industri moden. Petani seharusnya semakin berkurangan tetapi
dapat menghasilkan lebih banyak makanan, dan ini akan
menyediakan tenaga kerja yang lebih untuk masyar akat
perindustrian.
§ Dalam
melakukan semua ini, kita juga mesti memastikan sumber semula
jadi kita yang bernilai tidak dibazirkan. Bumi kita mesti kekal
sebagai sumber hasil dan subur, persekitaran jernih dan bersih,
air tidak cemar, sumber hutan dapat ditanam semula, mampu
menghasilkan keperluan untuk pembangunan negara. Keindahan bumi
kita tidak patut dinodai - sama ada untuk kepentingannya atau
untuk kemajuan ekonomi kita.
§ Dalam
zaman maklumat yang kita hadapi sekarang, masyarakat Malaysia
mesti kaya dengan maklumat. Bukan secara kebetulan hari ini
tidak ada negara kaya dan maju yang maklumat yang tidak
membangun dan mundur.
§ Pada
suatu masa dulu tanah memang menjadi asas kemakmuran dan
kekayaan. Kemudian datang gelombang kedua, zaman perindustrian.
Cerobong asap tegak di tempat yang dahulunya ladang. Sekarang,
pengetahuan semakin menjadi asas bukan sahaja kuasa tetapi juga
kemakmuran. Sekali lagi kita mesti terus mara. Sekarang ini
rakyat Malaysia adalah antara yang paling ramai menggunakan
komputer di rantau ini. kita dilaksanakan maklumat.
§ Dalam
hubungan antarabangsa, penekanan terhadap politik dan ideologi
patut dikurangkan, sebaliknya penekanan patut dilebihkan
Walaupun kita kecil, kita mesti berusaha untuk mempengaruhi
aliran perdagangan antarabangsa. mesti mengeksport. Pasaran
tempatan kita terlalu kecil. Bagi kita amatlah penting
perdagangan bebas dikekalkan. Arah aliran kearah pembentukan
blok perdagangan akan menjejaskan kemajuan kita dan kita mesti
menentangnya. Dengan itu, kita mesti memainkan peranan kita
sepenuhnya dan tidak menerima secara pasif kata dua daripada
negara kuat yang lain yang mungkin tidak menyedari bagaimana
keputusan mereka memberi kesan kepada kita.
§ Sesebuah
negara tanpa kemampuan petahanan ekonomi yang kukuh dan
kebolehan mempengaruhi serta mewujudkan dalam arena ekonomi
antarabangsa merupakan negara yang lemah dalam pertahanan
ekonomi. Malaysia tidak boleh ini.
§ Ada
beberapa banyak dasar yang mesti dibincangkan dan digubal jika
kita mahu menjadikan 1990-an sebagai dekad yang paling produktif
dalam sejarah kita. Izinkan saya mengakhiri perlunya kenyataan
yang berjaya.
§ Izinkan
saya tekankan bahawa tidak semua kerjasama antara sektor awam
dan swasta bersifat wajar atau produktif. Dalam banyak hal, ia
mesti mempunyai pendekatan kawalan dari jauh. Tetapi sudah pasti
usahasama yang produktif akan membawa kita kearah aspirasi yang
diharapkan.
Apakah Sumbangan Sektor Swasta
§ Saya
sudah menggariskan apa yang saya fikirkan dasar dasar utama
ekonomi yang sepatutnya diwujudkan untuk meneruskan usaha kita
ke arah kemakmuran dan ekonomi yang bersaing. Izinkan saya
tekankan sekarang peranan yang perlu dilaksanakan oleh sektor
swasta.
§ Negara
ini tidak boleh bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak
utama pertumbuhan jika sektor swasta tidak cekap dan lemah.
Tuan-tuan mesti kuat dan dinamik, giat dan berdikari, cekap dan
jujur.
§ Malaysia
tidak boleh mengurangkan undang-undang dan peraturan jika ahli
bank tidak berlagak sebagai ahli bank, jika kebebasan yang
diberi pada usahawan hanya menjadi lesen untuk mengeksploitasi
tanpa sebarang perasaan tanggungjawab sosial.
Syarikat kita mesti mempunyai rasa tanggungjawab
korporat yang tinggi. Perjuangan kita untuk menjamin keadilan
sosial -untuk meningkatkan kedudukan dan daya saing kaum
Bumiputera dan untuk mencapai matlamat sosial lain - mesti
menjadi perjuangan anda juga.
§ Penswastaan
tidak boleh diteruskan jika matlamatnya dipatahkan oleh mereka
yang mahukan keuntungan peribadi tanpa tanggungjawab sosial.
Galakan Perindustrian Berterusan dan usaha membangunkan dengan
pesat industri kecil dan sederhana kita mesti diterajui oleh
usahawan kita. Mereka mesti bersedia untuk berfikir untuk jangka
panjang, mencebur diri ke dalam pasaran dunia yang penuh
persaingan. Usaha menarik pelaburan asing tidak sepatutnya
menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja. Sektor swasta mesti
membabitkan diri dengan pelabur asing dalam usahasama yang
menguntungkan kerana ini akan membantunya dalam pembabitan
ekonomi Malaysia. Dan tanggungjawab pelabur tempatan semestinya
lebih berat daripada rakan asing mereka kerana Malaysia negara
kita, bukan negara mereka. Kita boleh bertanya diri sendiri
untuk berkorban kepada negara tetapi kita tidak boleh
mengharapkan mereka kita.
§ Dalam
pembangunan sumber manusia kita, sektor swasta kita mempunyai
peranan penting yang perlu di mainkan. Latihlah sumber tenaga
tuan-tuan sendiri. Lengkapkanlah kepakaran mereka. Jagalah
kebajikan mereka. Pertingkatkan kemahiran mereka. Uruskanlah
mereka sebaik-baiknya. Dan berikan penghargaan yang sewajarnya
untuk menghargai sumbangan mereka.
§ Yang
pasti masih banyak yang perlu dilakukan oleh semua orang
Sayangnya, tidak ada satu formula ringkas yang mudah untuk
membangunkan negara.
Banyak perkara mesti dilakukan oleh ramai orang.
Dan ini perlu dilakukan dengan sebaik-baik dan setepat-tepat
mungkin. Kita mesti bersedia untuk bersikap lebih kritikal
terhadap diri sendiri dan sanggup membetulkan akan berjaya.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri
http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/vALLDOC/434FD713455D583B48256BC900309773
|