|
"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir
dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang
tegas, bijak dan praktikal"
Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam
Biografinya
betajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502
"Saya
amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan
pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan
beliau sejak beberapa tahun yang lepas"
Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada
wartawan
di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang
dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit
"Dr. Mahathir telah menyemai satu etika kerja yang telah
membantu Malaysia mencapai tahap kemajuan yang sedia ada. Saya
berasa kagum dengan pencapaian itu"
Francois Mitterand - Bekas Presiden Perancis sewaktu mengalu-
alukan kunjungan Dr. Mahathir ke Paris pada 7 Julai 1995
"Saya kagum dengan pembangunan Malaysia di bawah pimpinan Dr.
Mahathir sehingga membolehkan negara itu menjadi model
pembangunan kepada negara-negara lain. Sesungguhnya Dr. Mahathir
telah memainkan peranan penting dalam pencapaian itu. Jordan dan
rakyat Malaysia turut berbangga"
Al Malek Hussein - Raja Jordan Sewaktu menganugerahkan
darjat teringgi Jordan, Darjah Pembaharuan Kelas Pertama
kepada Dr. Mahathir semasa melawat Amman
"Kebijaksanaan, daya tarikan dan dinanisme Dr. Mahathir telah
menjadikan Malaysia sebagai Model negara Islam yang berjaya
sepanjang dua dekad kepimpinannya terutama dalam pencapaian
ekonomi dan sosial"
Pervez Musharraft - Mingguan Malaysia 20 Oktober 2002
"Dr. Mahathir adalah seorang yang bermakna kepada Filipina
kerana di bawah pimpinan beliau sejarah hubungan Kuala
Lumpur-Manila telah memasuki era baru"
Fidel Ramos - Presiden Filipina dalam ucapan majlis jamuan
makan meraikan lawatan Dr. Mahathir ke Filipina di Istana
Malacanang pada 3 Februari 1995
"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan
kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun
dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari
aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami
mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika
Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di
hemisfera selatan"
Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-
alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995
"Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan
ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama
nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong
kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan
ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang
kukuh"
Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu
wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif
pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur
"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang
berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr.
Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan
kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan
Amerika Syarikat"
Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi
Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002
"…..kami amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir
yang cukup terkenal di dunia dengan wawasannya, sederhana, kuat
memimpin negaranya ketahap yang terbaik dan memberi contoh
kepada Islam sederhana. Dr. Mahathir bukan sahaja pemimpin bagi
Malaysia, dia merupakan segelintir daripada pemimpin dunia yang
berjaya…."
RAFIC HAIRI - Perdana Menteri Lubnan di sidang akhbar
semasa lawatan Dr. Mahathir ke Lubnan pada 21 Januari 2003
Sumber: Buku Mahathir Pencetus Tamandun Insaniah
(Penulis: S. Hashim Ahmad) Muka Surat 156-157
|