Pengenalan   |   Organisasi   |   Aktiviti   |   Penyelidikan   |   Galeri   |   Penerbitan   |   Mutiara kata   |   Hubungi kami

     
 

:: Kerjaya ::

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Biodata

Ucapan

Buku

Artikel

Anugerah

Pandangan Dunia

Kerjaya

 

Pautan:

Jabatan Perdana Menteri

Yayasan Kepimpinan Perdana

Universiti Utara Malaysia

Arkib Negara Malaysia

:: PENCAPAIAN TUN DR. MAHATHIR DALAM ARENA POLITIK DAN KERAJAAN ::

 

 

1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union
1946: Menjadi ahli UMNO.
1953:

Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya di Singapura)

1954: Bertugas di Hospital Besar Pulau Pinang, Hospital Besar Alor Setar, Perlis dan Langkawi.
1957: Meletak jawatan dari Kerajaan dan menubuhkan MAHA KLINIK di Alor Setar.
1964-1969: Ahli Parlimen Kota Setar, Kedah.
1965-1969: Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi
1969: Dipecat dari UMNO.
1972: Kembali ke pangkuan UMNO.
1972: Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
1973: Dilantik sebagai senator
1974: Pengerusi Majlis Universiti Nasional
1974: Menang tanpa bertanding dalam Pilihanraya Umum bagi kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah.
1974-1977: Menteri Pelajaran Malaysia.
1975-Sept. 1978: Naib Presiden UMNO.
5 Mac 1976: Timbalan Presiden UMNO.
1 Jun 1978-Julai 1981: Menteri Perdagangan Malaysia.
1978: Memenangi Pilihanraya Umum Kawasan Parlimen Kubang Pasu Kedah.
15 Sept. 1978: Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
26 Jun 1981: Presiden UMNO.
10 Julai 1981: Perdana Menteri Malaysia.
1981:

Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai 1981 - 6 Mei 1986)

Memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur bagi mencontohi etika kerja negara sebelah Timur terutamanya Jepun. Contoh terbaik ialah projek pembinaan Kompleks Dayabumi dan Jambatan Pulau Pinang.

1982: Menyeragamkan masa di seluruh negara. Semua jam di Semenanjung Malaysia yang lebih cepat 30 minit diseragamkan dengan waktu di Sabah dan Sarawak pada tahun berkenaan. Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bertujuan mengalakkan Bumiputera menabung yang diuruskan oleh pengurusan saham Bumiputera dalam saham amanah Memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah bagi membersihkan budaya rasuah di kalangan kakitangan Kerajaan. Memperkenalkan sistem clock-in punch-card kepada kakitangan Kerajaan. Memperkenalkan tanda nama kepada kakitangan Kerajaan.
1983: Memperkenalkan konsep pengkorporatan Malaysia di mana Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Mengumumkan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan sekaligus mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan. Memulakan kempen Kepimpinan Melalui Teladan. Mengumumkan rancangan untuk projek kereta nasional.
1984: Mensasarkan 70 juta penduduk menjelang tahun 2010. Memperkenalkan Dasar Pertanian Kebangsaan bagi membantu meningkatkan tahap pendapatan petani dengan menubuhkan estet mini dan meningkatkan skil pengurusan mereka.
1985: Kereta nasional, Proton Saga mula diperkenalkan.
1987: Dipilih menjadi Presiden International Conference on Drug Abuse and Illicit Traficking.
1988: Menyusun semula UMNO selepas diisytiharkan tidak sah pada tahun sebelumnya.
1989: Menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel dan memperkenalkan Deklarasi Langkawi mengenai perlindungan alam sekitar. Menjalani pembedahan pemintasan jantung di Hospital Kerajaan sebagai pengiktirafan kepada keupayaan pakar bedah tempatan.
1991: Melancarkan Wawasan 2020; jalan menuju ke arah sebuah negara membangun sepenuhnya dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menubuhkan pameran Maritim Langkawi Antarabangsa dan Aeroangkasa.
1993: Memperkenalkan perubahan undang-undang bagi menghapuskan imuniti pemerintah Melayu daripada pertuduhan jenayah. Mengubah tempo lagu kebangsaan Negaraku kepada tempo yang berentak lebih pantas.
1995: Menjadi pemimpin pertama di dunia menjawab pertanyaan secara langsung di Internet.
1997: Menggubal Agenda Teknologi Nasional sebagai usaha menjadikan negara sebuah pusat pintar teknologi multimedia dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia.
1998: Mengenakan pengawalan mata wang bagi mengekang spekulasi mata wang terhadap Ringgit dan menyelaraskan pengaliran modal jangka pendek. Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hasil buah fikiran Dr. Mahathir sendiri.
1999: Berpindah ke pusat pentadbiran baru di Putrajaya. Pelancaran rasmi Menara Berkembar Petronas bertepatan dengan ulang tahun Hari Kemerdekaan. Membuka Istana Budaya yang mampu menempatkan 1500 orang. Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan penuh berprestij Formula 1, Petronas Grand Prix, buat julung-julung kalinya. Satu lagi idea kreatif Dr. Mahathir, acara ini dijalankan di Litar F1 Antarabangsa Sepang.
2000: Sabtu minggu ketiga setiap bulan diisytiharkan hari cuti bagi kakitangan awam di seluruh negara. Kereta pertama buatan Malaysia sepenuhnya, Proton Waja dilancarkan oleh Dr. Mahathir.
2001: Mengusulkan cadangan penggunaan Dinar Islam yang berbentuk emas sebagai usaha menggantikan penggunaan mata wang Dolar Amerika di pasaran antarabangsa. Mewujudkan pakej rangsangan ekonomi khusus bertujuan menangani suasana kelembapan ekonomi dunia. Pakej ini berjaya mencapai pertumbuhan positif 0.4% dan berjaya mengelakkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
2002: Mengumumkan perletakkan jawatan pada majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO sehingga menegjutkan semua pihak dan rakyat pelbagai lapisan. Dr. Mahathir dan Datuk Fadzil Noor menandatangani Deklarasi Sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin dan menentang kekejaman Israel terhadap dunia Islam.
2003: Dr. Mahathir merintis jalan Malaysia menjadi Pengerusi Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan mempengerusikan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang terakhir buatnya sebelum mengundurkan diri secara rasmi dari tampuk pememrintahan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.