|
|
||
|
|
PENGENALAN Sebagai negara berjiran, hubungan Malaysia dengan Thailand merangkumi pelbagai bidang dari hubungan perdagangan, pendidikan, kebudayaan hingga kepada hubungan kekeluargaan. Kemakmuran sesebuah negara turut dinikmati oleh sebuah negara yang lain. Begitu juga pergolakan yang berlaku di salah sebuah negara turut dirasai oleh negara yang satu lagi. Sebagai usaha telah diadakan oleh kedua-dua negara itu dalam usaha menjamin kemakmuran dan kestabilan di kalangan kedua-dua negara anggota ASEAN tersebut. YA.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah melahirkan idea dan pemikiran iaitu “MEMAKMURKAN JIRAN” dalam Persidangan Agung UMNO 2003 seperti berikut: "Dasar kita ialah memperkayakan jiran – Prosper the Neighbour. Ini bukanlah semata-mata kerana ingin menolong jiran. Hakikatnya ialah apabila jiran makmur kita akan turut makmur kerana dapat meningkatkan perdagangan dengan mereka. Sebaliknya, apabila jiran bermasalah, bukan sahaja perdagangan tidak dapat diadakan tetapi masalah mereka akan tumpah ke dalam negara kita. Oleh yang demikian, memperkayakan jiran sebenarnya adalah dasar yang mengutamakan kepentingan diri secara bertimbang rasa. Dan dasar ini banyak kebaikan kepada kita, menyumbang kepada kestabilan serantau dan pertumbuhan ekonomi juga”. Dalam usaha untuk menyebarluaskan lagi idea dan pemikiran kemakmuran jiran ini, IPDM bercadang untuk mengadakan satu bengkel / seminar kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi kedua-dua negara, Malaysia dan Thailand untuk mempelajari, memahami, berkongsi ilmu dan membantu pelajar-pelajar tersebut memperkukuhkan lagi keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kedua-dua negara anggota ASEAN ini. Perbincangan telah diadakan dari semasa ke semasa oleh IPDM dengan sebuah institusi pengajian tinggi di Selatan Thailand iaitu Prince of Songkhla University (PSU), Kampus Pattani, dan hasil perbincangan tersebut, maka terhasillah cadangan mengadakan bengkel / seminar “Cross-Border Studies and Bondings : Malaysia – Thailand” yang akan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PSU.
|
|