Pengenalan   |   Organisasi   |   Aktiviti   |   Penyelidikan   |   Galeri   |   Penerbitan   |   Mutiara kata   |   Hubungi kami                            

Kemas kini:

10 March, 2010

 

ENGLISH

 

:: Pengenalan ::

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Biodata

Ucapan

Buku

Artikel

Anugerah

Pandangan Dunia

Kerjaya

 

Pautan:

Jabatan Perdana Menteri

Yayasan Kepimpinan Perdana

Universiti Utara Malaysia

Arkib Negara Malaysia

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathr Mohamad (IPDM) pada 19 Ogos 2003.

 

Idea untuk menubuhkan institut ini telah dicetuskan oleh para perwakilan semasa Persidangan Agung UMNO yang ke-54 pada 19 Jun 2003. Lanjutan daripada itu, satu badan perundingan (think tank) telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri daripada tokoh-tokoh kenamaan dan pelbagai idea telah dicetus oleh badan ini melalui sumbang saran pada 28 Ogos 2003.

 

Fungsi utama IPDM adalah menjadi pusat rujukan utama terhadap idea, wawasan dan pemikiran Yang Amat Berhormat Perdana-Perdana Menteri Malaysia. IPDM juga bertanggungjawab untuk meneliti dan menganalisis struktur percambahan idea yang boleh diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan. Di samping itu, penubuhan institut ini juga adalah satu usaha untuk menghargai sumbangan dan kepimpinan tokoh-tokoh negara.

 

Selain itu, institut ini juga bakal menjadi medan penyelidikan dan pengendalian seminar, simposium, persidangan dan kolokium dalam pelbagai aspek pemikiran Yang Amat Berhormat Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh negara. Antara bidang-bidang utama yang diberi tumpuan ialah pendidikan, kepimpinan belia/beliawanis, keselamatan, politik, pengurusan, perundangan, ekonomi, kewangan Islam, hubungan antara agama, dasar luar dan isu-isu globalisasi, sains dan teknologi termasuk ICT dan pembangunan sumber manusia.

 

Visi:

Menjadi pusat rujukan utama pemikiran Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh negara.

 

Misi:

Mewacanakan pemikiran Perdana-Perdana Menteri Malaysia dan tokoh-tokoh negara

 

Objektif:

  • Menjadi pusat penyelidikan, perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran, wacana, dan kepimpinan dan dasar-dasar negara;

  • Meneliti dan menterjemah pemikiran ini ke dalam program atau aktiviti akademik/profesional yang boleh digunakan oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

  • Menggubal dan melaksana dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional;

  • Mengkomersialkan aktiviti-aktiviti IPDM untuk menjana pendapatan kepada universiti.

 

Mutiara Kata:

"Penghayatan nilai murni adalah amat penting bagi penjawat awam. Nilai-nilai murni akan mendorong penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang melangkaui kebiasaan. Oleh itu, penjawat awam amat diharapkan untuk mempunyai suatu ciri yang membezakannya dengan pekerja-pekerja sektor lain, iaitu  apa yang boleh dikenali sebagai public service character. Tidak lengkap seorang penjawat awam jika dia hanya memiliki kelayakan yang tinggi dari segi kemahiran dan pengetahuan tanpa memiliki nilai yang diharapkan tersebut"

Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Ucapan Perasmian Perayaan Jubli Intan Jabatan Perkhidmatan Awam

Putrajaya

12 Februari 2009

CALL FOR PAPER - Seminar on National Resilience : Political Managements and Policies in Malaysia. 13-15 July 2010, Bayview Hotel, Langkawi
Seminar Kemahiran Pengurusan III: "Gemerlapkan Bintang Dalam Organisasi", Langkawi Sea View Hotel, 23-25 Mac 2010
Book Publication: Human Rights in Malaysia (Call for Papers)
Penerbitan: The Public Sphere and Media Politics in Malaysia

Geran Penyelidikan IPDM : Panduan Permohonan

 

Wawasan 2020

 

Perjuangan Yang Belum Selesai